Search
Close this search box.
Mohd Suhaimi dimasukkan ke HSI sejak 10 Nov lepas. Foto: Facebook Inteam

Bekas anggota kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi meninggal dunia

ByBernama

JOHOR BAHRU, 15 Nov: Bekas anggota kumpulan nasyid In-team, Mohd Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini malam ini.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Mohtar Pungut@ Ahmad berkata Mohd Suhaimi, yang dimasukkan ke HSI sejak 10 Nov lepas, meninggal dunia pada 7.40 malam disebabkan kejutan septik dengan kegagalan pelbagai organ.

“Jenazah Allahyarham sudah dituntut oleh keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham turut dikongsi kumpulan nasyid tersebut di Facebook rasmi In-team.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Semalam, media melaporkan Mohd Suhaimi sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan