Search
Close this search box.
Sejumlah 217 unit Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) telah dipasang di seluruh negeri ini bagi mewujudkan Sarawak yang lebih inklusif dan tersambung secara digital, kata Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). Foto SDEC.

217 MySRBN dipasang untuk ketersambungan digital penduduk luar bandar Sarawak

KUCHING, 15 Nov: Sejumlah 217 unit Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) telah dipasang di seluruh wilayah ini bagi mewujudkan Sarawak yang lebih inklusif dan tersambung secara digital, kata Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Dalam kenyataan hari ini SDEC berkata MySRBN memanfaatkan teknologi capaian tanpa wayar tetap (FWA) terkini pada infrastruktur sedia ada dan baharu, untuk menyediakan akses internet tanpa had sehingga 30 Mbps kepada masyarakat luar bandar dan terpencil.

Ia berkata sejak penubuhannya lebih dua tahun lepas, kerajaan Sarawak telah memberi subsidi 100 peratus terhadap pemasangan dan Peralatan Premis Pelanggan (CPE), termasuk Unit Luaran (ODU) dan Unit Dalaman (IDU) yang dipasang di premis pengguna.

“Ketersambungan jalur lebar berkelajuan tinggi telah membolehkan akses dalam talian yang sama rata kepada sumber pendidikan, e-dagang, teleperubatan, dan hiburan digital, sekali gus memupuk pertumbuhan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Sarawak.

“Meliputi kawasan seluas kira-kira 124,450 kilometer persegi dengan landskap yang pelbagai termasuk hutan hujan, gunung, sungai dan kawasan pantai, isu ketersambungan memberikan satu set halangan unik untuk ditangani kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya MySRBN telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak dengan membantu usahawan tempatan memulakan perniagaan dalam talian dan dengan menyediakan akses kepada pelajar luar bandar kepada pelbagai sumber pendidikan di luar kelas.

“Kejayaan MySRBN jelas mempamerkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk merapatkan cabaran jurang digital di Sarawak,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan Sarawak komited untuk terus menyediakan internet berkelajuan tinggi percuma melalui inisiatif subsidi penuh ini.

Maklumat lanjut tentang MySRBN boleh didapati di mysrbn.sarawak.digital dan mereka yang ingin mendaftar sebagai pengguna MySRBN boleh berbuat demikian dengan memuat turun aplikasi MySDEC melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan