Search
Close this search box.
Penganjuran pelbagai festival muzik, persidangan antarabangsa dan acara sukan menyumbang kemasukan pelancong ke Sarawak tahun ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Sarawak catat resit pelancongan RM8.7 bilion

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Sarawak mencatatkan resit pelancongan mencecah RM8.7 bilion bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, kutipan itu dijana menerusi kemasukan seramai 3.18 juta pelancong.

Kata beliau, penganjuran pelbagai festival muzik serta beberapa persidangan antarabangsa sepanjang tahun ini turut menyumbang kepada prestasi berkenaan.

“Kita telah mencapai sasaran kemasukan pelancong tiga juta bagi tahun ini.

“Lebih membanggakan apabila kemasukan 3.18 juta pelancong itu direkodkan setakat bulan lepas dan kita yakin jumlahnya akan bertambah menjelang hujung tahun,” katanya kepada TVS di Parlimen hari ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan. Foto TVS.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan melibatkan Exco Pelancongan Negeri bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Sementara itu, Snowdan berkata, pihaknya menyarankan kepada jabatan dan agensi yang terlibat dengan pengurusan di lapangan terbang supaya memudahkan urusan pelawat yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan di Sarawak.

Kutipan resit pelancongan berjumlah RM3.27 bilion, pencapaian luar biasa Kerajaan Sarawak

“Ini supaya kumpulan tersebut tidak perlu menunggu lama di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia.

“Sekarang kita menerima kehadiran ramai pelancong dari Indonesia yang ingin berubat di hospital dan pusat perubatan swasta di Sarawak,” katanya.

Snowdan turut mencadangkan antara langkah yang boleh dilakukan ialah dengan memperkenalkan laluan khas untuk memudahkan urusan pelancong kesihatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan