Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak mengalu-alukan sekiranya terdapat pelabur asing berminat untuk memajukan projek ladang solar terapung berkapasiti besar di wilayah ini. Foto hiasan, Envato.

Sarawak alu-alukan pelabur asing majukan projek ladang solar terapung

SRI AMAN, 14 Nov: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan sekiranya terdapat pelabur asing berminat untuk memajukan projek ladang solar terapung berkapasiti besar di wilayah ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, setakat ini projek perintis telah dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) di Empangan Batang Ai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 50 megawatt (MW).

Kata beliau, sekiranya terdapat pelaburan baharu di kawasan yang sesuai, projek ladang solar terapung mampu menjana kapasiti pengeluaran tenaga mencecah 150 MW.

“Sekiranya projek ladang solar itu dapat dimajukan ke kawasan lain, ia mampu menghasilkan sumber ekonomi kepada rakyat Sarawak yang berada di luar bandar,” katanya.

Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh beramah mesra dengan penduduk Rumah Liwan sempena lawatan ke tapak projek RTP di Lubok Antu hari ini. Foto, TVS.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Klinik Desa Ng Mepi dan lawatan tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP)  di Rumah Lawin, Ng Mepi, Lubok Antu di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pelaburan solar, Malcolm Mussen berkata,  syarikat yang berminat boleh mengembangkan projek tersebut untuk menghasilkan kapasiti solar sehingga 150 MW menerusi penggunaan teknologi moden.

“Syarikat yang terlibat dalam sektor tenaga hijau mungkin boleh menggunakan teknologi untuk pengeluaran berskala besar seperti yang telah dilakukan di China dan Indonesia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan