Search
Close this search box.
Pelajar tingkatan dua maut digilis lori dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Jerai, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik di Baling hari ini. Foto IPD Baling

Pelajar tunggang motosikal tanpa topi keledar maut digilis lori

BALING, 14 Nov: Seorang pelajar tingkatan dua yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar terbunuh selepas kepalanya digilis lori dalam kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Jerai, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang tadi, mangsa lelaki berusia 14 tahun maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian dikatakan berpunca daripada penunggang motosikal jenis Honda EX5 yang telah cuai keluar simpang sebelah kiri jalan sebelum bergesel dengan bahagian kiri belakang lori 10 tan.

“Penunggang kemudian terjatuh ke atas jalan dan kepalanya digilis tayar belakang sebelah kiri lori itu yang datang dari arah Gerik menghala ke Kulim.

“Penunggang mengalami cedera parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar Shamsudin, siasatan mendapati mangsa tidak memakai topi keledar ketika menunggang selain cukai jalan motosikal berkenaan telah tamat tempoh sejak September 2001.

Katanya, mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim dekat sini bagi urusan bedah siasat, mankala pemandu lori lelaki berusia 31 tahun dan penumpang wanita berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan