Search
Close this search box.
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyatakan PAC mengadakan satu prosiding berhubung perkara itu pada 3 Oktober 2023. Foto: TVS

PAC bentang laporan kemajuan projek pembangunan LCS

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR: 14 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan Laporan Kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua – Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bagi tempoh Jun hingga September 2023 hari ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC mengadakan satu prosiding berhubung perkara itu pada 3 Oktober 2023.

“Mesyuarat penyediaan laporan ini dibuat pada 26 Oktober 2023 dan turut hadir sama, tujuh ahli Ex-Officio PAC terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara yang bersetuju dengan laporan, rumusan dan syor,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, PAC juga bersama dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Johari Abdul telah mengadakan satu sesi lawatan kerja ke limbungan kapal Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) pada 5 Oktober 2023 untuk melihat kemajuan kerja-kerja pembinaan LCS yang sedang dilaksanakan.

“Secara keseluruhannya, laporan ini menyatakan mengenai perkara-perkara seperti kontrak tambahan 6 (SA6), perincian kos tambahan berjumlah RM2.098 bilion, garis masa projek LCS, pengambilalihan BNS oleh Syarikat Bertujuan Khas milik Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu Ocean Sunshine Berhad dan varian kemajuan kerja projek LCS shingga 25 September 2023.

Katanya, orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC berhubung Kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua – LCS TLDM di bawah MINDEF bagi tempoh Jun hingga September 2023 terutama rumusan dan syor, boleh memuat turun laporan berkenaan di laman web PAC di alamat www.parlimen.gov.my/pac. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan