Search
Close this search box.
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi. Foto, AFP.

Nepal larang guna aplikasi TikTok

ByBernama

ANKARA, 14 Nov: Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.

Keputusan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Isnin itu dijangka dilaksanakan sebaik sahaja persiapan teknikal selesai, lapor Agensi Anadolu, memetik akhbar harian Kathmandu Post.

Minggu lepas, Nepal mewajibkan syarikat media sosial lain termasuk Facebook, X dan YouTube supaya membuka pejabat di negara itu dalam tempoh tiga bulan.

Pihak berkuasa juga mengarahkan semua platform media sosial mendaftar dengan Kementerian Penerangan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Menurut laporan itu, kerajaan memberi amaran bahawa mereka boleh menutup platform yang tidak didaftarkan di Nepal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan