Search
Close this search box.
Anthony Loke berkata harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dan pengguna. Foto: Parlimen Malaysia

Parlimen: Kementerian Pengangkutan belum berhasrat kawal selia tambang e-hailing – Anthony Loke

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kementerian Pengangkutan belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dan pengguna.

“Sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat. Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah penawaran menentukan padanan tempahan dengan penawaran secara langsung.

“Justeru, harga tambang juga fleksibel mengikut padanan faktor semasa,” katanya menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Anthony Loke berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengadakan perbincangan dengan pemain utama industri e-hailing.

Menurutnya, syarikat memberi galakan kepada rakan pemandu untuk beroperasi di kawasan tumpuan melalui insentif ditawarkan pengurusan masing-masing bagi memenuhi permintaan semasa.

“Sebagai contoh salah satu syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing membuat penawaran insentif secara seminggu lebih awal kepada pemandu melalui notifikasi aplikasi pemandu.

“Tawaran insentif yang diumumkan boleh membantu rakan pemandu merancang waktu operasi yang sesuai dan jumlah pendapatan yang disasarkan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan