Search
Close this search box.
Nancy Lahat merupakan pengusaha kraf tangan yang turut terlibat dalam Expo NTFP. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Jualan kraf tangan mampu cecah RM1,000 sehari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 14 Nov: Penghasilan produk kraf tangan berasaskan hasil hutan mampu menjana pendapatan lumayan kepada penduduk rumah panjang di luar bandar.

Salah seorang pengusaha, Nancy Lahat berkata, ini kerana produk yang dihasilkan bukan sahaja untuk kegunaan sendiri malah boleh dijual di pasaran luar.

Jualan kraf tangan mampu cecah RM1,000 sehari | TVS

Kongsi usahawan kaum Kenyah dan Kayan ini, dia mula menghasilan kraf tangan sejak kecil apabila sering mengikut bapanya ke kawasan penempatan kaum Penan bagi membeli produk mereka.

“Apa yang saya ingat ketika itu, hasil kraf tangan kaum Penan yang diambil oleh bapa belum siap sepenuhnya, oleh itu saya mempelajari teknik anyaman bakul untuk menyiapkan kraf tangan itu sebelum dijual,” katanya kepada TVS.

Nancy merupakan salah seorang usahawan kraf yang menyertai Expo Hasil Hutan Bukan Kayu (NTFP) anjuran Jabatan Hutan Sarawak.

NFTP berlangsung di Plaza Merdeka bermula 11 hingga 19 November ini.

Nancy yang tinggal di Rumah Panjang Kelap, Belaga berkata, minatnya terhadap seni kraf semakin bercambah apabila mencapai usia 20-an.

“Sebelum memulakan perniagaan jual kraf tangan, saya merupakan seorang suri rumah.

“Kini pelbagai produk yang saya hasilkan termasuklah bakul ajat kaum Penan yang diperbuat daripada rotan halus,” katanya.

Tambah Nancy, dia turut mempelbagaikan produk berasaskan kayu rotan dan buluh dengan menghasilkan perhiasan manik, anting-anting dan sebagainya.

Ditanya bagaimana memulakan perniagaan, Nancy berkata, dahulu keadaan lebih sukar dan dia terpaksa menjual secara ‘tradisional’ iaitu pergi ke rumah pelanggan.

“Kini lebih mudah untuk jual kerana banyak acara dianjurkan seperti expo ini selain dapat jual secara dalam talian.

“Sebenarnya sejak 2017, saya serta pengusaha produk kraf dipanggil untuk berkumpul serta mengkomersialkan hasil kami di pasaran,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nancy memberitahu bahawa usahanya mengumpulkan komuniti kraf tangan dari kawasan pedalaman bertujuan untuk meningkat ekonomi mereka.

“Sekiranya ramai pengunjung, jualan kraf tangan saya mampu cecah RM1,000,” katanya.

Expo ini turut menampilkan pelbagai produk bukan hasil hutan dari Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei dan Kapit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan