Search
Close this search box.
Sharifah Bahiyah Wan Ibrahim percaya kesedaran mengenai Unifi TV di Sarawak dapat ditingkatkan melalui kerjasama dengan TVS. Foto: TVS

Unifi TV cadang perluas promosi, eratkan kerjasama dengan TVS di Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 13 Nov: Perkhidmatan Internet Protocol Television (IPTV), Unifi TV berhasrat untuk memperluaskan pasaran mereka di serata Sarawak melalui kerjasama dengan stesen penyiaran TVS.

Ketua Pengguna Sarawak Telekom Malaysia Bhd, Sharifah Bahiyah Wan Ibrahim berkata, pihaknya percaya melalui kerjasama dengan TVS, ia mampu meningkatkan kesedaran mengenai Unifi TV dalam kalangan komuniti setempat di Sarawak.

TM berhasrat perluas pasaran Unifi TV di Sarawak | TVS

“Unifi TV juga mempunyai pelbagai konten dan info sebagai contoh Netflix, HBO dan banyak lagi siaran yang kita dah ada, memandangkan TVS dah ada dalam Unifi TV bermula 1 Oktober lalu, saya rasa bagus untuk dipromosi kepada orang Sarawak.

“Memandangkan TVS banyak orang Sarawak yang minat jadi kita boleh meningkatkan lagi pelanggan dari Sarawak sekali gus dapat meningkatkan jumlah pelanggan Sarawak,” katanya ketika ditemui TVS pada Program TVS Prihatin di Gedong pada Sabtu.

TVS Prihatin merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena ulang tahaun ketiga penubuhan TVS.

Unifi TV merupakan antara pihak yang terlibat dalam program itu.

Unifi TV telah mendapat sambutan positif dalam kalangan masyarakat Gedong yang berminat untuk melanggan perkhidmatan tersebut.

“Alhamdulillah, kita mendapat sambutan yang menggalak daripada masyarakat Gedong dan rata-rata mahu bertukar ke Unifi mobile dari segi penggunaan internet.

“Kita akan membuat perancangan yang akan datang kepada penduduk Gedong sebagai contoh membuat program bulanan di Gedong selain daripada mempromosi TVS dalam perkhidmatan telefon tetapi kita akan promosi juga Unifi dalam TV,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan