Search
Close this search box.
Clarence Ting (baju putih barisan belakang) bersama warden trafik selepas majlis pelancaran motosikal warden trafik MPS di hadapan Wisma Sanyan di Sibu pada Isnin. Foto: Majlis Perbandaran Sibu

Tugas penguatkuasaan trafik di Sibu dipertingkatkan

SIBU, 10 Nov: Tugas penguatkuasaan trafik di bandar ini akan dipertingkatkan dengan perlantikan 10 warden trafik terlatih.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting berkata, kumpulan berkenaan menerima latihan di Pusat Latihan Polis Malaysia (Pulapol) Kuching dan bersedia untuk bertugas.

“Tugas mereka (warden trafik) bukan untuk mengejar kenderaan tetapi akan menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan dengan mengelilingi bandar dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Pelancaran Motosikal Warden Trafik MPS di Wisma Sanyan di sini, hari ini.

Katanya, MPS telah membeli empat motosikal baharu yang dilengkapi dengan siren untuk kegunaan warden trafik menjalankan tugas penguatkuasaan dengan lebih lancar.

“Buat masa ini, kami mempunyai 44 pegawai penguatkuasa tetapi mereka akan keluar dengan dua van,” katanya.

Tambahnya, MPS akan menambah van bagi membolehkan pegawai penguatkuasa menjalankan tugas di lebih banyak kawasan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan