Search
Close this search box.
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) mengadakan perbincangan dengan Global Digital Innovation Network Korea (GDIN) di Seoul hari ini. Foto, Facebook Datuk Julaihi Narawi.

Sarawak bekerjasama dengan Korea Selatan perkasa inovasi digital

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Nov: Kerajaan Sarawak mengadakan perbincangan dengan agensi di Korea Selatan bagi mengukuhkan agenda pendigitalan dan inovasi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, usaha berkenaan melibatkan kementeriannya serta Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan Global Digital Innovation Network Korea (GDIN).

MUT, SDEC adakan perbincangan dengan Global Innovation Network Korea | TVS

Kata beliau perkara lain yang turut disentuh termasuklah kerjasama global membabitkan Sarawak dengan agensi serta syarikat – syarikat di negara berkenaan.

“Pagi ini saya dan rombongan kementerian dan SDEC telah diberi taklimat oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GDIN, Kim Jongkap serta pengarah urusannya,” katanya menerusi kenyataan media di Seoul hari ini.
Julaihi bersama timbalannya, Datuk Liwan Lagang, Pengerusi SDEC, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman kini berada di negara berkenaan sempena lawatan kerja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan