Search
Close this search box.
Dr Sim, ADUN Bukit Assek Chieng Jin Ek dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting bersama para hadirin. Foto: TVS

Teknologi AI boleh bantu OKU penglihatan

SIBU, 12 Nov: Perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) berpotensi membantu Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dalam kehidupan seharian mereka.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, teknologi tersebut boleh menjadi ‘mata’ untuk membantu dengan memberikan gambaran mahupun panduan kepada golongan terbabit.

Teknologi AI boleh bantu OKU penglihatan | TVS

Oleh itu, beliau berharap teknologi AI dapat dikembangkan lagi di negeri ini bagi tujuan tersebut.

“Tahun lepas, AI tidak dapat mendengar anda tetapi tahun ini, AI boleh bercakap dengan anda. Menjelang mana-mana tahun ini, AI boleh melihat anda dan boleh mengintip anda.

“Betapa pantasnya revolusi AI berlaku pada masa ini dan saya cadangkan teknologi AI kerana ia mungkin boleh membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan agar mereka boleh melihat, membimbingnya dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Tahunan ke-45 Pusat Pertubuhan Orang Buta Sibu dan Food and Fun Fair hari ini.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memuji usaha murni pihak pusat pertubuhan bagi orang buta Sibu dalam membantu lebih kurang 300 OKU penglihatan di bandar ini.

Tambah beliau lagi, hal tersebut tidak dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada masyarakat yang telah membolehkan pusat tersebut beroperasi selama 45 tahun.

“Orang yang dilahirkan kurang upaya penglihatan tidak memilih untuk dilahirkan seperti itu dan bukan sahaja kurang upaya penglihatan sejak lahir, semakin meningkat usia kita juga kurang upaya penglihatan

“Kita memilih untuk membuat perubahan dan memilih untuk menyokong di mana itu sangat penting kerana tanpa sokongan anda, mereka tidak akan dapat menjalani kehidupan yang bermakna seperti yang anda bayangkan,” tambahnya.

Dr Sim turut menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan mata mereka sebaiknya dengan mengehadkan pengunaan telefon bimbit.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Datin Judy Lau berkata, penganjuran program tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pelanggan mereka yang turut terjejas akibat kenaikan harga barangan keperluan harian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan