Search
Close this search box.
Kegembiraan meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Central Spine Road (CSR) menghala ke Kuala Lipis petang Rabu. Foto hiasan, Envato.

Lelaki warga Myanmar maut, mangsa terbaharu harimau di Gua Musang

ByBernama

GUA MUSANG, 12 Nov: Dalam tempoh kurang 48 jam seorang lagi menjadi mangsa serangan harimau di sini, kali ini di sebuah ladang di Kampung Meranto melibatkan lelaki warga Myanmar yang maut akibat serangan itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo dalam kenyataan berkata, mangsa Ahka Soe Ya, 22, diserang haiwan itu kira-kira 1.30 petang ketika menoreh getah bersama isterinya.

Sik berkata, mangsa dibawa ke hospital oleh empat warga Myanmar termasuk isterinya selepas meminta bantuan seorang lelaki tempatan yang berada di tapak pemeriksaan kayu balak berhampiran.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas menerima rawatan kecemasan.

“Hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan forensik mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau,” katanya.

Sik berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pihak Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) katanya, akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap dalam usaha mengesan serta menangkap haiwan buas itu.

Pada Jumaat, mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan di sebuah ladang di Hutan Simpan, Jalan Sri Bintang, Kampung Meranto.

Mayat Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai angkara harimau apabila anggota penyelamat menemukan cebisan kaki mangsa di kawasan cerun kira-kira 500 meter dari lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Cebisan badan dan sebahagian kaki mangsa kemudiannya ditemui kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan