Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee ketika merasmikan Majlis Makan Malam Jubilee Lodge Platinum di Hotel Imperial, Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Dasar pendidikan digital diperkemas seiring peredaran zaman

KUCHING, 12 Nov: Kerajaan Sarawak terus komited dalam usaha membangunkan sektor pendidikan dan memberikan perkhidmatan pendidikan terbaik kepada rakyat di negeri ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, seiring dengan peredaran zaman, dasar pendidikan digital akan diperkemaskan lagi dalam memperbaiki ekosistem digital di sekolah.

Menurutnya, kerajaan akan menyokong usaha ke arah pembaikan dalam memberikan pendidikan yang lebih komprehensif di sekolah.

“Sesebuah negara tidak akan dapat maju ke hadapan dengan berdiam diri dan seharusnya mempertimbangkan hal yang menyuburkan minda generasi akan datang. Justeru, Kerajaan Sarawak komited sepenuhnya untuk membina sektor pendidikan dari segi pembangunannya.

“Lodge sebagai sekolah swasta tertua harus meneruskan kecemerlangannya di samping usaha kerajaan dalam membangunkan negeri dengan membawa impak yang besar kepada seluruh masyarakat dan negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Makan Malam Jubilee Lodge Platinum di Hotel Imperial di sini, malam tadi.

Annuar berkata, Kerajaan Sarawak akan terus memberikan tumpuan memacu pendidikan digital untuk pembelajaran generasi yang akan datang.

“Kerajaan Sarawak bercita-cita tinggi dan proaktif tentang masa depan digital Sarawak. Keputusan yang kita buat hari ini akan memberi kesan kepada kehidupan generasi masa kini dan akan datang secara keseluruhan.

“Kami percaya bahawa masa depan digital adalah jalan ke hadapan dan matlamat kami adalah untuk menjadi ekonomi digital dan masyarakat digital yang terkemuka menjelang tahun 2030,” tegasnya.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah dan Pengerusi Persatuan Sekolah Lodge, Allister Hilton Smith.

Majlis Makan Malam tersebut turut menyaksikan penyerahan sumbangan dana kepada 10 badan amal di sekitar Kuching antaranya Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa Sarawak (PIBAKAT) dan Persatuan Autistik Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan