Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus melakukan gimik perasmian. Foto: TVS

Cungkil bakat anak-anak istimewa

MIRI, 12 Nov: Bakat anak-anak istimewa perlu dicungkil bermula dari peringkat Prasekolah seperti Tadika dan Taska supaya tidak ada dalam kalangan mereka yang ketinggalan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus menyatakan meskipun mereka mempunyai kekurangan, mereka masih mempunyai kelebihan dalam bidang lain.

“Sukan ini bertujuan untuk mencungkil bakat anak-anak kita, yang kita panggil inklusiviti. Jadi apa-apa bentuk acara kita mesti inklusif, ini termasuk dalam Tadika dan Taska kita terutama di SeDidik yang sekurang-kurangnya mempunyai lima pelajar istimewa.

“Kita tidak mahu mereka tidak ketinggalan dan mereka mungkin kurang dalam satu bidang, tetapi mereka ada kelebihan dalam bidang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah di Majlis Penutupan Temasya Sukan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) sempena Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Bahagian Miri di Kompleks Islam Sarawak Miri pada Sabtu.

Selain itu, penggunaan bahasa isyarat juga perlu diterapkan bermula dari peringkat Prasekolah supaya anak-anak dapat memahami rakan-rakan mereka yang istimewa.

“Kita memperkenalkan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku menggunakan bahasa isyarat di SeDidik pada peringkat Prasekolah yang merupakan lonjakan pertama bahawa kita maksudkan mengenai inklusiviti.

“Apabila kita ajar anak-anak bahasa isyarat, mereka boleh faham rakan-rakan sebaya yang tidak biasa seperti mereka. Ini yang dibuat di SeDidik dan kita melebarkan kepada Tadika lain,” katanya.

Beliau berharap ini bukan sahaja memberi ruang dan peluang kepada anak-anak istimewa merasakan apa yang dirasai oleh rakan-rakan sebaya mereka yang lain, tetapi juga memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan mereka selain sifat bersaing secara sihat di dalam sukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan