Search
Close this search box.
Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh bersama peserta program Jom Regista Bisnes (Regista) di Sebuyau hari ini.Foto, TVS.

Bantuan RM49.5 juta disalurkan kepada usahawan B40, PMKS di Sarawak – Awang Tengah

SEBUYAU, 12 Nov: Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan berjumlah RM49.5 juta kepada 1,502 usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di wilayah ini, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, bantuan menerusi Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) itu diagihkan sejak 2021 hingga suku kedua tahun ini.

PKS tunjang ekonomi Sarawak | TVS

Kata beliau, bantuan berkenaan selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk memperkasa PMKS di sini yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara.

“Bantuan ini disediakan oleh Kerajaan Sarawak (supaya PMKS dan usahawan B40) dapat mewujudkan peluang pekerjaan, menambah pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara khasnya di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh pada Majlis Perasmian Jom Regista Bisnes (Regista) di Dewan Pembangunan Sebuyau di sini hari ini.

Turut hadir, Pemangku Residen Bahagian Samarahan, Anuar Da’an, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak, Kamaludin Busrah dan Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang.

Sementara itu menerusi teks berkenaan juga, Awang Tengah berkata, Kerajaan Sarawak turut memperkenalkan pelbagai bantuan lain kepada PMKS antaranya Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), Program Graduan Ke Arah Usahawan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) dan Program Go Digital.

Berhubung program Regista, Awang Tengah memaklumkan, sejak dilancarkan pada 2020, lebih 3,000 usahawan telah dibantu mendaftarkan perniagaan mereka secara sah.

“Selain pendaftaran, golongan usahawan PMKS ini akan turut dibimbing oleh dua agensi lain iaitu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan