Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati disampaikan Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Kushairi Abang. Foto: TVS

TVS serlah bakat anak muda dalam bidang seni – Abang Johari

ByAkma Salleh

GEDONG, 11 Nov: Kewujudan TVS sejak tiga tahun yang lalu telah banyak membantu mengetengahkan bakat anak muda dalam bidang seni menerusi program-program yang disiarkan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bakat-bakat terpendam anak Sarawak ini jelas terserlah menerusi program-program yang dirancang TVS.

“Dengan adanya TVS kita dapat mencungkil bakat anak muda dalam bidang seni drama, malah kita ada filem pendek yang memaparkan kisah atau cara kehidupan seharian kita.

“Ini cerita yang dihasilkan oleh anak tempatan sendiri. Lakonan pun setaraf dengan orang lain di Malaysia. Baru-baru ini saya turut menonton drama muzikal hantu. Boleh tahan. Ini bermakna bakat anak Sarawak begitu tinggi dalam seni dan budaya,” katanya.

Bakat anak Sarawak terserlah melalui TVS | TVS

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong berkata demikian ketika berucap pada Majlis TVS Prihatin dan Penyerahan Dekoder MyTV bersempena Ulang Tahun Ke-3 TVS di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, TVS juga ditubuhkan untuk memberi maklumat kepada rakyat di wilayah ini.

“Penubuhan TVS yang merupakan satu-satunya stesen TV di Sarawak adalah untuk kita memberi maklumat kepada rakyat dan penonton sama ada dari pembangunan, ilmu dan sebagainya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan