Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu lagi pengiktirafan untuk sektor pelancongan Sarawak apabila meraih kedudukan 10 teratas bagi kategori Destinasi Paling Menarik Dunia menerusi Anugerah Kembara Pembaca Wanderlust 2023. Foto hiasan: TVS

Sarawak raih kedudukan 10 teratas Destinasi Paling Menarik Dunia

KUCHING, 10 Nov: Satu lagi pengiktirafan untuk sektor pelancongan Sarawak apabila berjaya meraih kedudukan 10 teratas bagi kategori Destinasi Paling Menarik Dunia menerusi Anugerah Kembara Pembaca Wanderlust 2023.

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) berkata berita gembira itu diumumkan pada majlis penyampaian anugerah berkenaan yang diadakan di London pada 7 November.

“Anugerah Kembara Pembaca Wanderlust merupakan acara tahunan yang menampilkan destinasi pelancongan disertakan sorotan dan kedudukan bagi setiap kategori diundi oleh pembaca,” kata STB menerusi kenyataan media.

Anugerah ini adalah lanjutan majalah pelancongan Wanderlust, sebuah majalah bebas berpangkalan di United Kingdom (UK) yang antara lain menyerlahkan destinasi paling menarik dunia.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak berhasrat menjadi destinasi utama ekopelancongan khususnya bagi pelancong dari benua Eropah.

Menurutnya, pasaran UK memainkan peranan penting dalam kebangkitan semula Sarawak dalam sektor pelancongan.

“Kadar pertumbuhan sebanyak 216.74 peratus dalam segmen ini sangat mengagumkan, berbanding tempoh yang sama pada 2022 apabila kita menjadi tuan rumah kepada 5,944 pelawat UK.

“Berdasarkan aliran semasa, ketibaan pelawat dari UK ke Sarawak pada 2023 dianggarkan 25,110 orang,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan