Search
Close this search box.
Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menyematkan pangkat kepada Dato Mancha Ata pada majlis serah terima tugas jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: PDRM

Perkasa integriti antara fokus utama Mancha sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING, 10 Nov: Memperkasakan integriti di setiap peringkat dengan membersihkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk meningkatkan semula imej Polis Diraja Malaysia merupakan antara fokus utama Dato Mancha Ata sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu.

Anak Dayak pertama yang dilantik ke jawatan itu turut memberi tumpuan memartabatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan terbaik berpaksikan moto ‘kesetiaan, fokus dan komited’ bagi meningkatkan rasa keyakinan masyarakat kepada mutu perkhidmatan PDRM Kontinjen Sarawak.

Perkasa integriti fokus utama Mancha Ata | TVS

“Fokus ketiga pula, komited untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dengan kerajaan negeri dan mengeratkan lagi hubungan PDRM dengan masyarakat setempat demi untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Sarawak,” katanya menerusi kenyataan media.

Sehubungan itu, Majlis Penyematan Pangkat dan Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak membabitkan Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dan Mancha Ata berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Majlis disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Dalam ucapannya, Mancha berkata beliau berharap agar ketua jabatan, ketua formasi dan ketua polis daerah dapat memberikan sepenuhnya kerjasama dan sokongan bagi meneruskan legasi kecemerlangan PDRM.

“Sebagai Pesuruhjaya Polis yang baharu sudah tentunya saya mempunyai acuan tersendiri dalam menerajui kepimpinan polis di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Ramli dalam ucapannya berkata, beliau yakin dengan kemampuan Mancha untuk meneruskan kecemerlangan polis Sarawak seperti yang dicapai Pesuruhjaya Polis terdahulu.

“Sebagai pegawai komando, beliau adalah pakar dalam operasi khas dan dengan pengalaman yang luas, saya yakin beliau akan terus membawa kecemerlangan kepada polis kontinjen Sarawak,” katanya.

Berusia 58 tahun dan berasal dari Asajaya, Mancha merupakan Pesuruhjaya Polis Sarawak ke-28 dan merupakan anak jati sarawak yang keempat dilantik memegang jawatan tersebut.

Azman yang merupakan Pesuruhjaya Polis Sarawak sebelumnya, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang sebelum ini disandang Mancha diisi Datuk Ibrahim Darus yang sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman.

Majlis disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak pada 11 Jun 2021, Mancha merupakan Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan