Search
Close this search box.
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dan Dato Mancha Ata pada Majlis Perbarisan Perpisahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Kuching, hari ini. Foto: PDRM

‘Kerja dengan jujur dan semangat berpasukan yang tinggi’ – Mohd Azman

KUCHING, 10 Nov: Jauhi perkara negatif seperti dadah dan rasuah yang boleh mencemarkan imej polis, itu pesan mantan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis wajar mengekalkan disiplin pada tahap yang tinggi dan sentiasa mematuhi arahan pegawai yang lebih kanan.

“Bekerjalah dengan jujur dan semangat berpasukan yang tinggi nescaya ia akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti,” katanya berucap pada Majlis Perbarisan Perpisahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Turut berlangsung, Majlis Penyematan Pangkat dan Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Azman dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman manakala Dato Mancha Ata dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang sebelum ini disandang Mancha diisi Datuk Ibrahim Darus yang sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman.

Majlis disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Azman berkata lagi, pegawai dan anggota polis perlu terus bekerja dengan penuh tanggungjawab tanpa mengira individu yang mengetuai pucuk kepimpinan PDRM Sarawak.

Jelasnya lagi, pihak polis perlu bekerjasama tanpa mengira jabatan dalam memastikan negara bebas daripada anasir jahat yang boleh menggugat keselamatan rakyat.

Beliau turut menasihatkan agar pegawai dan anggota polis sentiasa belajar dari anggota yang berpengalaman.

“Tuan-tuan hendaklah belajar daripada orang lama yang mempunyai pengalaman luas yang tidak dapat ditukar ganti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan