Search
Close this search box.
Jawatankuasa Penstabilan Harga Sabah, Sarawak Dan Wilayah Persekutuan Labuan, bersetuju untuk melaksanakan kajian penstabilan harga barangan dan perkhidmatan bagi ketiga-tiga wilayah itu. Foto fail KPDN Cawangan Kapit

Deepavali: Peniaga diingatkan tidak naikkan harga barangan terkawal

KAPIT, 10 Nov: Peniaga diingatkan tidak menaikkan harga barangan terkawal secara tidak munasabah pada musim perayaan Deepavali ini dan sekiranya ingkar akan berdepan dengan tindakan tegas.

Sempena sambutan tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyenaraikan sejumlah lapan barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023.

Ketua Cawangan KPDNK Kapit, Engelbert Inggath Desmond Japar berkata, perlaksanaan SHMMP Depavali berkuatkuasa tujuh hari bermula 7 hingga 15 November ini.

KPDN akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan terkawal SHMMP musim Depavali 2023 yang berkuatkuasa selama tujuh hari sehingga 15 Nov ini. Foto: KPDN Cawangan Kapit

Katanya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga pada barangan harga terkawal berkenaan di daerah kapit

“Walau bagaimanapun, pihak kami akan tetap bertegas dalam usaha membendung kenaikan harga yang tidak munasabah terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Jika ada (peniaga) yang masih berdegil, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dilaksanakan ke atas peniaga yang menaikkan harga secara mendadak dan ketara” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tegasnya lagi, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim berkenaan.

“Mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh dikenakan penalti iaitu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000. manakala denda sehingga rm500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 boleh dikenakan bagi kategori syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama” jelasnya.

Englebert membertahu individu dan syarikat juga boleh didenda atau dikompaun jika didapati gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi harga barang terkawal.

Ujarnya, peniaga hendaklah mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan manakala pengguna juga perlu mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka.

Lapan barangan harga terkawal yang disenaraikan ialah daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja), kelapa purut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja), bawang merah kecil (india) tidak termasuk ros), bawang besar import dan kacang dal (Australia).

Untuk makluman, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui aplikasi telefon pintar ‘ez adu’, e-aduan.kpdnhep.gov.my (laman web), e-aduan@kpdnhep.gov.my (emel) atau hubungi talian KPDN Kapit di 084-799678 atau Whatsapp ke 019-2794317. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan