Search
Close this search box.
Foto hiasan: Envato

Terpedaya ‘Love Scam’, pesara wanita di Limbang rugi RM62,000

LIMBANG, 9 Nov: Seorang pesara wanita di sini kerugian RM62,000 selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket ‘Love Scam’ pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, mangsa yang berusia 60 tahun itu telah berkenalan dengan seorang lelaki pada Ogos lepas melalui aplikasi TikTok dan seterusnya mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp sejak September lepas.

 

Superintenden Parum Niot. Foto:TVS

Beliau berkata suspek yang mengaku bekerja di sebuah syarikat di Sarawak kemudiannya mula meminta wang daripada mangsa dengan alasan untuk kegunaan rawatan ibunya dan berjanji akan membayar semula wang tersebut.

“Mangsa yang percaya, telah meminjamkan RM 62,000 kepada suspek melalui sembilan kali transaksi ke dalam lima akaun bank yang berbeza.

“Namun sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak ada menerima kembali RM 62,000 yang dipinjamkan kepada lelaki tersebut. Satu kertas siasatan telah dibuka untuk laporan polis berhubung laporan yang dibuat oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan individu yang tidak dikenali melalui media sosial.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat berkenaan kes-kes jenayah komersil di daerah Limbang dengan menghubungi 085-211466 sambungan 252 ataupun berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang Inspektor Johari Mudin di talian 019-8280895. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan