Search
Close this search box.
Jangan sesekali memberikan maklumat peribadi perbankan anda kepada pihak yang tidak dikenali, sama ada melalui telefon atau laman web. Foto hiasan: Envato

‘Scammer’ kaut RM12.5 juta, perdaya mangsa menerusi 1,177 panggilan di Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 9 Nov: Sarawak merekodkan 1,177 panggilan ‘scam’ dengan anggaran kerugian berjumlah RM12.5 juta sejak Oktober 2022 sehingga September 2023.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dato Marzunisham Omar berkata berdasarkan data daripada National Scam Response Centre (NSRC), terdapat 53,783 panggilan mangsa penipuan dengan anggaran kerugian berjumlah RM188 juta di seluruh negara.

“Majoriti mangsa scam kewangan di Sarawak adalah merupakan mereka yang berusia kurang daripada 40 tahun.

“Kes scam tertumpu kepada penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud dan penipuan telekomunikasi,” katanya ketika berucap sewaktu Majlis Pameran Perasmian LATerasi Kewangan Bank Negara Malaysia di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tiga langkah bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan dalam talian, ataupun online financial scams.

“Jangan sesekali memberikan maklumat peribadi perbankan anda kepada pihak yang tidak dikenali, sama ada melalui telefon atau laman web.

“Jangan klik pautan mencurigakan yang dihantar melalui SMS atau emel dan hanya muat turun aplikasi daripada saluran rasmi sahaja di telefon bimbit anda,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan