Search
Close this search box.
Mohd Azman mendatangani plak projek disaksikan Nassariah (dua kanan) Olive (kanan) ketika perasmian Majlis Pecah Tanah Pembinaan Rumah Perkep IPD Lubok Antu baru-baru ini. Foto: IPD Lubok Antu

Rumah PERKEP IPD Lubok Antu siap pada pertengahan 2024

LUBOK ANTU, 9 Nov: Bangunan Persatuan Keluarga polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu bakal tersergam indah pada pertengahan tahun hadapan.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan (DSP) Victor Ripon berkata, kemudahan itu dibangunkan menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM130,000.

“Buat masa ini, Perkep Lubok Antu masih menggunakan kediaman pegawai kanan Kelas E sebagai pusat komunitinya selepas perasmian Komplek IPD Lubok Antu pada 15 Februari 2016,” katanya kepada TVS hari ini.

Menurut beliau, Majlis Pecah Tanah Pembinaan Rumah Perkep IPD Lubok Antu telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada 4 November lalu.

Hadir sama, isteri beliau yang juga Pengerusi Perkep Kontinjen Sarawak, Datin Nassariah Mohd Nassir dan Pengerusi Perkep IPD Lubok Antu, Olive Suriavina Miret.

Victor memberitahu urusan pertadbiran rumah perkep itu nanti adalah di bawah kawalan Perkep di mana satu perjanjian sewaan di antara Perkep dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) juga telah dimenterai bagi mewujudkan sebuah Tabika Perpaduan.

“Dalam perjanjian itu, peruntukan sewaan akan disalurkan oleh Kementerian Perpaduan bersama fasiliti seperti kemudahan elektrik, air dan kelengkapan kelas meja serta kerusi di mana segala hasil sewaan dari perjanjian tersebut akan dijadikan pendapatan Perkep” jelasnya.

Apabila siap kelak, Rumah Rerkep IPD Lubok Antu akan dilengkapi dengan bilik kelas, pantri, tandas lelaki dan perempuan serta mempunyai bilik rehat yang berhawa dingin.

Victor turut menzahirkan penghargaan beliau kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha merealisasikan projek pembinaan rumah Perkep IPD Lubok Antu terutamanya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap ADUN Batang Ai, Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh yang telah meluluskan kertas kerja projek berkenaan sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan