Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii. Foto: TVS

RM5.9 juta laksana projek rakyat di Sarikei dan Meradong

SARIKEI, 9 Nov: Kerajaan meluluskan sebanyak RM5.9 juta untuk melaksanakan pelbagai projek rakyat baharu di sekitar daerah ini, kata Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Menurutnya, daripada jumlah itu, peruntukan RM1.5 juta disalurkan melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) manakala Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) pula masing-masing meluluskan RM2.2 juta.

Projek meliputi penyelenggaraan jalan kampung, tapak perkuburan, dinding gabion dan menaik taraf tempat beribadat, membaiki dan menurap lima jalan luar bandar di samping menambah baik sistem perparitan dan sungai di kawasan Meradong.

“Sebahagian daripadanya sudah siap dan ada yang masih dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Sarikei, beliau berusaha keras untuk membangunkan daerah Sarikei dan Meradong secara saksama.

“Saya memberikan layanan sama rata untuk kedua-dua kawasan ini, termasuk menghulurkan sumbangan peralatan persekolahan bagi beban keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya lagi.

Beliau juga menzahirkan penghargaan terhadap sokongan dan kerjasama semua lapisan rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok dan Parlimen Sarikei.

“Saya berharap semua projek yang sedang dan bakal dilaksanakan itu nanti berjalan lancar dan sempurna serta siap mengikut jadual,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan