Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Ago Dagang bersama para pemenang Pingat Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Aaron Ago Dagang (FB)

Pingat Tunku Abdul Rahman buka peluang pelajar tabur bakti kepada komuniti

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Anugerah Pingat Tunku Abdul Rahman membuka peluang kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk memberi sumbangan kepada komuniti, kata Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata anugerah tersebut mula diperkenalkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) pada 1979 dan dianugerahkan kepada graduan IPTA yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama.

“Selain itu, anugerah ini juga diberikan kepada tiga graduan yang menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan nilai murni Almarhum Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan kita,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah Pingat Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini.

Aaron memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman ketika pengisytiharan kemerdekaan negara iaitu, “Mulai 31 Ogos 1957, Malaysia menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik untuk selama-lamanya dan ia dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.”

Beliau berkata Perdana Menteri Pertama itu sejak dari awal lagi menekankan kepada perpaduan, meneliti sejarah terdahulu, dan usaha beliau untuk mendapatkan kemerdekaan negara turut disokong oleh beberapa pemimpin lain seperti Tun VT Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock.

Menurut beliau melalui anugerah ini, ia bukan sahaja mengiktiraf pencapaian para pelajar tetapi juga membawa harapan dan keyakinan Tunku Abdul Rahman untuk menjadikan wawasan beliau menjadi realiti demi masa depan anak bangsa.

Aaron berkata penerima anugerah itu telah berjaya memberi impak positif kepada komuniti daripada sudut kesukarelawanan, perancangan ekonomi, teknologi dan pembelaan hak serta suara siswa.

Pelajar terbabit yang dikurniakan Anugerah Pingat Tunku Abdul Rahman ialah Durra Nur Nazeera Roslaili lepasan Jurusan Kewangan dan Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Ng Yong Ming siswazah jurusan Kejuruteraan Perisian dari Universiti Malaya (UM) dan Razman Durhan siswazah jurusan Matematik dan Ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan