Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni. Foto: TVS

Klinik interim akan dibangunkan di Long Lama, tahun hadapan – Lukanisman

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Peduli akan keperluan komuniti di Long Lama, Kerajaan Persekutuan akan membina sebuah klinik interim, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni.

Khabar baik itu katanya sebagai langkah sementara menyelesaikan masalah kesesakan di klinik Long Lama yang ketika ini beroperasi di dewan masyarakat.

Lukanisman menyifatkan klinik interim merupakan langkah tepat untuk operasi sementara memandangkan klinik sedia ada tidak dapat dibaikpulih susulan struktur tanahnya yang tidak dapat diselamatkan meskipun benteng hakisan akan dibina.

“Hasil lawatan ke Dewan Masyarakat Long Lama, saya mendapati klinik ini memerlukan tapak yang baru. Saya mencadangkan kepada wakil rakyat dan pegawai kesihatan bahagian Miri supaya mewujudkan klinik interim memandangkan dewan masyarakat tidak mampu menampung keperluan penduduk dan tidak kondusif.

“Klinik interim ini seperti Hospital Medan yang digunakan sementara waktu sehingga kita mendapatkan peruntukkan bagi membangun semula klinik yang lebih kondusif dan komprehensif di Pekan Long Lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Keadaan di dalam Dewan Masyarakat Long Lama. Foto: TVS

Justeru itu, Lukanisman berharap Klinik Interim di Long Lama akan dibangunkan pada tahun hadapan agar penduduk setempat mendapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan selesa.

“Isu-isu tanah saya serahkan kepada kerajaan negeri untuk menggunakan budi bicara menyediakan tapak tanpa memerlukan proses perolehan yang agak rumit.

“Sekiranya kita mempunyai tapak yang bersesuaian, maka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bersedia untuk membina klinik interim ini. Kita akan mempercepatkan proses pembinaan dan klinik interim ini akan dapat digunakan dalam tempoh lima ke tujuh tahun untuk komuniti setempat di Long Lama,” ujarnya.

KKM harus bina klinik kesihatan dalam perkampungan komuniti Penan

Sebelum ini TVS telah menerbitkan laporan khas bertajuk Klinik Daif Pedalaman: Cabaran Dan Keperluan Komuniti yang menyingkap keluhan penduduk mengenai keadaan tiga klinik di dun telang usan iaitu Klinik Long Lama , Klinik Long Bedian dan Klinik Long Bemang yang berhadapan pelbagai kekurangan dan kekangan akibat kerap dilanda banjir dan tanah runtuh.

Klinik daif di pedalaman: Cabaran dan keperluan komuniti

Sehubungan itu, Lukanisman berharap langkah KKM untuk membina klinik interim ini dapat menoktahkan kegusaran yang membelenggu komuniti di Long Lama dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan