Search
Close this search box.
Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menyempurnakan simbolik perasmian Astaka hari ini. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak bina astaka dan Dewan Terbuka Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING, 9 Nov: Projek pembinaan astaka dan Dewan Terbuka Pesuruhjaya Polis Sarawak di Kuching  menelan kos RM 400,000.

Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kedua-dua projek berkenaan merupakan sumbangan Kerajaan Sarawak.

Menurutnya astaka tersebut telah siap pada 20 Mac 2023 lepas dengan kos pembinaan berjumlah RM296, 850.

Mohd Azman memberitahu astaka yang berkeluasan 860 kaki persegi dengan reka bentuk segi empat tepat itu mampu menampung kapasiti 20 hingga 25 orang pada satu masa.

“Untuk makluman semua, astaka pesuruhjaya polis Sarawak ini telah mula dibina pada 20 Disember 2022 yang siap sepenuhnya 20 Mac 2023 lalu

“Reka bentuknya merupakan segi 4 tepat dengan bumbung lengkung dilengkapi dengan kemudahan kipas, lampu dan tiang bendera,” katanya pada Majlis Perasmian Astaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Manakala dewan terbuka yang mula dibina pada 20 Januari lepas dan siap sepenuhnya pada 20 Mac 2023 itu pula menelan kos RM199, 999.

“Dewan tersebut berkeluasan 47 meter panjang dan 11meter lebar,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak di atas sumbangan tersebut kepada anggota PDRM di sini.

“Pesuruhjaya Negeri Sarawak amat bertuah kerana mempunyai kerajaan negeri yang begitu cakna dan prihatin terhadap pasukan PDRM ini,” ujarnya. . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan