Search
Close this search box.
Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kegiatan jenayah di Sarawak pada umumnya masih berada ditahap rendah dan terkawal. Foto: TVS

Jenayah indeks menurun, kegiatan jenayah di Sarawak terkawal

KUCHING, 9 Nov: Jumlah kes jenayah indeks yang di Sarawak menunjukkan penurunan sedikit untuk tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata jumlah kes bagi Januari hingga Oktober 2023 adalah 3,281 kes berbanding 3,312 kes bagi tempoh sama pada 2022.

“Kegiatan jenayah di Sarawak pada umumnya masih berada ditahap rendah dan terkawal,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah beliau, jenayah kekerasan dan jenayah harta benda turut menunjukkan penurunan peratusan yang signifikan.

Ujarnya, peratusan jenayah kekerasan menurun empat peratus iaitu kurang 22 kes berbanding 498 kes yang dilaporkan pada Januari sehingga Oktober 2022.

Manakala bagi kategori jenayah harta benda pula merekodkan 2,805 laporan kes berbanding 2,814 kes dalam tempoh sama pada 2022.

Sementara itu, Azman memaklumkan bahawa laporan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan peningkatan tangkapan dan nilai rampasan dadah berbanding 2022.

Seramai 9,198 orang ditangkap membabitkan kes jenayah narkotik bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini dan ia meningkat 1,233 orang tangkapan atau 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Manakala bagi nilai rampasan dadah juga menunjukkan peningkatan RM127.3 juta pada tahun ini berbanding 2022.

Bagi kes jenayah komersil untuk tempoh yang sama adalah 2,575 kes dicatatkan berbanding 2022 dengan 2,107 kes tahun lepas.

Jumlah kerugian jenayah komersil yang dilaporkan bagi tempoh tersebut adalah RM106 juta bagi 2023, manakala bagi 2022, adalah RM57.4 juta. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan