Search
Close this search box.
Polis menahan empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes curi dalam sebuah van di hadapan kedai dobi di Kapit pada 5 Nov lalu. Foto: TVS

Budak lelaki 11 tahun antara empat ditahan terlibat kes curi van

KAPIT, 9 Nov: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu kes curi dalam sebuah van di hadapan kedai dobi di sini pada 5 Nov lalu.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan (DSP) Rohana Nanu berkata, kesemua suspek telah berjaya ditahan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit pada hari yang sama.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berlaku sekitar 12.15 tengah malam dan laporan polis diterima pada 5.13 pagi.

Jelasnya, kejadian itu berlaku ketika pengadu pergi ke kedai dobi untuk membeli makanan di mesin layan diri di dalam premis tersebut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari IPD Kapit telah berjaya membuat tangkapan ke atas empat lelaki warga tempatan berusia antara 11 tahun hingga 21 tahun di dua lokasi berasingan di sekitar pekan Kapit.

“Pihak kami juga berjaya merampas barang-barang yang telah dicuri bernilai RM8,500” katanya ketila dihubungi hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek telah direman empat hari dan akan dihadapkan ke makhamah dalam masa terdekat ini.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan sebaik sahaja siasatan kes ini dilengkapkan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Di bawah seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan hukuman denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan