Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjawab soalan wartawan pada Majlis Perasmian Pameran LATerasi Kewangan anjuran Bank Negara Malaysia di Kuching, hari ini. Foto: JaPEN

Abang Johari umum bantuan pendidikan pada sidang DUN November ini

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 9 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengumumkan bantuan pendidikan untuk para pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta milik Kerajaan Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, November ini.

Menurutnya, antara bantuan bakal diumumkan pada persidangan kali ini ialah komputer riba, buku dan lain-lain bagi memudahkan pengajian mereka.

“Bagi kerajaan negeri, dasar kita iaitu memberikan pendidikan tertiari percuma dan dalam belanjawan kita (Sarawak) pada tahun hadapan, kita mengambil kira bantuan yang harus diberikan kepada pelajar IPTA dan IPTS.

“Saya menyedari bahawa terdapat banyak peralatan yang diperlukan oleh pelajar kita termasuklah pembayaran yuran yang agak mahal,” katanya ditemui pada Majlis Perasmian LATerasi Kewangan Bank Negara Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Sarawak mencari penyelesaian untuk membantu pelajar yang dianggarkan kira-kira 5,000 pelajar setiap tahun, khasnya pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 untuk diberikan bantuan.

Menurutnya, setelah Sarawak diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia, ini merupakan peluang terbaik bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Apabila ditanya mengenai Belanjawan Sarawak 2024, Abang Johari memberi bayangan banyak berita baik menanti rakyat Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan