Search
Close this search box.

13 ditahan terbabit kes bunuh seorang lelaki di Batu Kawa

KUCHING, 9 Nov: Polis menahan 13 individu bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan membabitkan kematian seorang pekerja hotel di Batu Kawa pada 30 Oktober lalu.

Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, siasatan kes berkenaan masih diteruskan dengan kesemua suspek masih dalam tahanan reman.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam pada 30 Oktober lalu dan polis menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 6.54 pagi keesokan harinya.

Jelasnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan namun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Menurutnya, kes tersebut sebelum ini disiasat dibawah seksyen 326 kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah namun diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 kanun keseksan.

Susulan kematian mangsa kata Mohd Azman, yang terlibat dalam pergaduhan itu ketika menerima rawatan akibat kecerderaan parah.

“Kita ada terima laporan pada 31 Oktober jam 6.54 pagi dari Balai Polis Batu Kawa mengenai kejadian pergaduhan melibatkan pekerja hotel dan orang awam.

“Daripada itu kita telah membuka kertas siasatan di bawah Sekyen 376 iaitu mendatangkan kecederaan parah baru-baru ini.

“Setelah mendapati mangsa telah meninggal dunia maka kita akan klasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 bunuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Astaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya kini bercadang untuk merujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

“Sekarang ini kita telah membuat seramai 13 tangkapan untuk siasatan dan kesemua orang ini masih lagi dalam reman.

“Selepas itu kita bercadang untuk merujukan siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan