Search
Close this search box.
Foto hiasan: Envato.

Tiga pemain industri meterai MoU bangunkan perumahan lengkap tenaga suria

ByYusuf Shukri

KUCHING, 8 Nov: Tiga pemain industri yang terdiri daripada Hornbill Networks Consortium San Bhd, Vestech Energy Sdn Bhd dan Alliance Bank Malaysia Berhad memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu pembinaan perumahan lengkap tenaga suria di Sarawak.

Projek pertama yang akan diterajui ialah Samariang Avenue Fasa 2 di mana tapaknya terletak di Jalan Bakti, Petra Jaya di mana setiap rumah akan dilengkapi dengan panel tenaga suria dengan pengeluaran tenaga sebanyak 3.3 kilowatt peak (kWp) di bawah Skim Pengukuran Tenaga Bersih (NEM) oleh Sarawak Energy Berhad.

Sistem tenaga suria yang disediakan dijangka akan memberikan penjimatan sehingga RM200 sebulan bagi setiap isi rumah.

Pelaksanaan format pembinaan perumahan ini juga selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak untuk mengurangkan 800,000 tan pencemaran karbon selaras dengan agenda iklim global dan menunjukkan komitmen Sarawak dalam mengatasi perubahan iklim dan memacu penggunaan tenaga yang mampan.

Hadir menyaksikan pemeteraian MoU tersebut ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi.

Berita lanjut menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan