Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedict. Foto: TVS

Program BEST – BYOB bukti dedikasi KUSKOP bantu asnaf

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Program B40 Empowerment Strategy-Be Your Own Boss (BEST-BYOB) merupakan bukti bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP) sangat dedikasi untuk membantu golongan seperti asnaf dan B40 bagi menceburi bidang perniagaan francais dan pra-francais.

Menterinya, Ewon Benedick berkata, program BEST-BYOB yang dijalankan agensi di bawah kementerian seperti Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) adalah selaras dengan Pelan Strategik 2023 KUSKOP dalam menyediakan ekosistem yang kondusif.

“Objektif pelaksanaan program BEST – BYOB termasuklah untuk meningkatkan taraf hidup peserta yang terdiri daripada golongan asnaf, B40 dan pelajar universiti serta membuka peluang keusahawanan sebagai usahawan pra-francaisi Program Business In Transformation (BIT) Pernas,” ujarnya.

Malah katanya lagi, program ini turut akan menghubungkan usahawan pra-francaisor dan pra-francaisi program BIT melalui penggunaan sistem SME Solution di bawah seliaan RHB Islamic Bank.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program B40 Empowerment Strategy-Be Your Own Boss (BEST-BYOB) di ibu negara, pada Isnin.

Jelas Ewon lagi, edisi pertama program ini yang dilaksanakan bemula 1 April 2022 sehingga 1 April 2023, sejumlah RM500,000 peruntukan yang diberikan kepada 41 orang asnaf telah dilatih dan 28 daripadanya telah memulakan perniagaan.

Mereka merupakan usahawan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan menjalankan perniagaan daripada sektor makanan dan minuman.

Antara kisah kejayaan usahawan-usahawan di bawah program ini adalah seperti usahawan BIT Pra-Francaisi Mekeria yang dahulunya menjana pendapatan purata RM8,500, kini menjana hasil jualan RM14,000 sehingga RM17,000 sebulan dan usahawan BIT PraFrancaisi Golden Takoyaki yang mampu menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

Sementara itu, Ewon berkata, jenama yang terlibat dengan program BEST-BYOB 2024 ini mempunyai pengikut tersendiri dan ia mudah bagi asnaf dan B40 untuk memulakan perniagaan pra-francais ini.

“Mungkin pada masa hadapan apabila perniagaan mereka sudah stabil, ia boleh dikembangkan kepada pemilikan sendiri dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya lagi, agensi di bawah kementerian ini memiliki pelbagai skim kepada usahawan khususnya Bumiputera yang boleh dimanfaatkan apabila perniagaan mereka sudah stabil tetapi sebagai permulaan, saya setuju untuk mereka bermula dengan model perniagaan Pernas.

Untuk rekod, sebanyak RM1 juta peruntukan telah diterima daripada RHB Islamic Bank dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan sasaran sehingga 100 peserta yang terdiri daripada golongan asnaf, B40 dan pelajar universiti dapat dibantu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan