Search
Close this search box.
Permeteraian pertukaran MoU antara Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd, Vestech Energy Sdn Bhd dan Alliance Bank Berhad yang disaksikan oleh Menteri Utliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi (tengah) bersama dengan barisan pemimpin tiga syarikat berkenaan. Foto: Yusuf Shukri (TVS)

Perumahan solar lengkap siap 2025 – Julaihi

ByYusuf Shukri

KUCHING, 8 Nov: Sejumlah 500 unit rumah akan dibangunkan dengan sistem panel solar yang lengkap menjelang 2025, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurut beliau projek rintis untuk perumahan tersebut telah membuahkan hasil dengan 28 unit rumah teres dua tingkat dengan harga kompetitif telah berjaya dibangunkan di Samariang Avenue Fasa 2 di Jalan Bakti, Petra Jaya di sini.

Dengan penambahan 500 unit lagi, Julaihi meyakini perumahan tersebut mampu menjana hampir 1.8 MegaWatt (MW) tenaga boleh diperbaharui.

“Perumahan ini akan mengguna pakai Skim Pengukuran Tenaga Bersih (NEM) oleh Sarawak Energy Berhad di mana tenaga solar tersebut akan disalurkan secara langsung kepada rumah-rumah berkenaan.

“Pelaksanaan perumahan ini sememangnya selari dengan visi kerajaan Sarawak untuk menjadi pemacu tenaga hijau di rantau yang dianggarkan boleh mengurangkan 800,000 tan pelepasan karbon menjelang 2030,” ujarnya.

Julaihi berkata demikian pada Majlis Pertukaran Memorandum Persdefahaman (MoU) antara Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd, Vestech Energy Sdn Bhd dan Alliance Bank Berhad untuk kerjasama pemasangan solar panel di Samariang Avenue Fasa 2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Dalam pada itu, Julaihi juga menjangkakan sistem tenaga suria itu akan memberikan penjimatan sehingga RM200 sebulan bagi setiap isi rumah.

Tambah beliau skim NEM telah diperkenalkan pada Ogos 2021 yang senada dengan Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 bagi mengkomersialkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di samping memelihara tenaga yang tidak dapat diperbaharui.

“Walaupun kementerian saya belum lagi menetapkan sasaran untuk melaksanakan NEM dalam penggunaan tenaga campuran, kita menyasarkan untuk menembusi bekalan tenaga untuk Sabah dan Semenanjung Malaysia masing-masing pada kadar 2.4 peratus dan 1.1 peratus berdasarkan Laporan Suruhanjaya Tenaga 2020,” jelasnya.

Untuk rekod, sebuah unit rumah di Samariang Avenue Fasa 2 akan dijual pada harga kompetitif bermula dari RM600,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan