Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Persdefahaman (MoU) antara Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd, Vestech Energy Sdn Bhd dan Alliance Bank Berhad di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu. Foto: Yusuf Shukri (TVS)

Pendapatan rakyat harus selaras dengan pendapatan tinggi negeri – Julaihi

ByYusuf Shukri

KUCHING, 8 Nov: Pengiktirafan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia tidak akan bermakna sekiranya rakyatnya tidak berpendapatan tinggi, kata Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi.

Beliau menyifatkan pengiktirafan itu boleh memberi gambaran yang berbeza dengan situasi sebenar berkenaan dengan pendapatan orang ramai.

“Kemungkinan ada orang yang mempunyai persepsi jika sesuatu negeri itu mendapat pengiktirafan lebih-lebih lagi daripada entiti antarabangsa yang bebas seperti Bank Dunia, rakyatnya juga berpendapatan tinggi.

“Oleh itu kerajaan mempunyai misi untuk mencapai pendapatan tinggi bukan sekadar pada nama sahaja, tetapi ia dicerminkan melalui rakyat Sarawak itu sendiri.

“Sebab itu lah kita telah mengenal pasti enam sektor yang perlu dibangunkan menjelang tahun 2030,” katanya pada Majlis Pertukaran Memorandum Persdefahaman (MoU) antara Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd, Vestech Energy Sdn Bhd dan Alliance Bank Berhad di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Enam sektor tersebut menurut beliau meliputi pembuatan, pertanian komersial, pelancongan, perlombongan, perhutanan dan perkhidmatan sosial.

Bagi memajukan sektor-sektor ini, Julaihi mendedahkan tujuh pemudah cara telah digariskan dalam buku panduan Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 termasuk tenaga boleh diperbaharui.

“Ini berkait rapat dengan kementerian saya dan berdasarkan penilaian Bank Dunia, kita akan bangunkan ekonomi Sarawak dengan sebaiknya menjelang 2030,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan