Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanada gantung operasi di Nigeria selepas letupan maut di kedutaan. Foto: AFP

Kanada gantung operasi di Nigeria selepas letupan maut di kedutaan

ByAmirah Shawel

ABUJA, 8 Nov: Kanada telah menggantung operasi di Nigeria selepas berlakunya letupan di kedutaannya di sini, yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar insiden yang berlaku pada pagi Isnin itu sehingga menjejaskan sebahagian bangunan.

Dalam satu kenyataan di X, Menteri Luar Kanada Melanie Joly mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan dan akan memberi keterangan.

Suruhanjaya Tinggi Kanada di Abuja memaklumkan pengoperasian akan dihentikan buat sementara waktu.

Penggantungan operasi di kedutaan Kanada sudah pasti akan memberi kesan kepada pelbagai perkhidmatan, termasuk bantuan konsular dan pemprosesan visa untuk warga Nigeria yang ingin melancong ke Kanada. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found