Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya meninjau pameran pada Majlis Perasmian Ekspedisi Saintifik Jemoreng 2023 di Hotel UCSI, Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Sungai Selai Inah di Jemoreng dicadangkan sebagai hutan lindungan

KUCHING, 7 Nov: Sungai Selai Inah dicadangkan sebagai kawasan untuk dijadikan sebagai hutan lindungan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Juanda Jaya.

Katanya, penemuan hasil daripada ekspedisi Jabatan Perhutanan pada tahun lepas melihat penilaian konservasi di kawasan tersebut dengan cadangan pewartaan yang boleh meningkatkan lagi potensi ekopelancongan dengan kerjasama daripada penduduk sekitarnya.

“Kita mahu agar hasil daripada ekspedisi ini, yang mana saya dimaklumkan telah mempunyai penemuan yang menarik, digunakan untuk pewartaan kawasan cadangan Sungai Selai Inah sebagai hutan lindungan.

“Penduduk di sekitar Sungai Selai Inah harus berbangga kerana sekiranya kawasan cadangan ini diwartakan nanti, ia merupakan hutan yang diwartakan atas usaha dan kerjasama daripada penduduk sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Perasmian Ekspedisi Saintifik Jemoreng 2023 di Hotel UCSI, hari ini.

Katanya, usaha sebegini juga akan menjadi platform kerjasama di antara Jabatan Hutan Sarawak dan masyarakat untuk memperkasa serta mempromosikan produk, aktiviti ekopelancongan dan agropelancongan di Jemoreng ke peringkat yang lebih jauh di samping membuka ruang untuk melahirkan lebih banyak usahawan muda di kawasan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan