Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

Pemasangan GPS: PBT, MOTS disaran berbincang

ByAmirah Shawel

KUCHING, 7 Nov: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) disaran mengadakan perbincangan bagi pemasangan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) pada pengangkutan awam di Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pemasangan kemudahan tersebut pada bas pengangkutan awam akan memberi manfaat kepada rakyat untuk menjejak pergerakan bas.

“Mungkin Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) boleh berbincang dengan perwakilan MOTS untuk membenarkan pemasangan GPS.

“Ini kerana PBT tidak ada kuasa untuk membenarkan pemasangan kemudahan sedemikian. Ini di bawah bidang kuasa MOTS,” katanya pada sesi Dialog Premier Forum Perbandaran Malaysia (MUF) 2023 hari ini.

Beliau berkata, PBT di bandar lain seperti Sibu, Miri dan Bintulu juga disaran untuk berbuat sedemikian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan