Search
Close this search box.
Ketua Bahagian Pengurusan Arkib Pustaka Negeri Sarawak, Dayangku Horiah Awang Gani memberi taklimat semasa sesi "Archiving Today’s Knowledge And Records For tomorrow Accessibility And Browsing" (AKRAB). Foto: TVS

AKRAB platform simpan khazanah sejarah penempatan Sarawak

KUCHING, 7 Nov: Program “Archiving Today’s Knowledge And Records For Tomorrow Accessibility And Browsing” atau lebih dikenali sebagai AKRAB berperanan penting memelihara khazanah berkaitan perkampungan dan penduduk tempatan Sarawak.

Melalui AKRAB, satu platform digital di laman sesawang bakal disediakan bagi tujuan penyimpanan dan akses kepada semua rekod dan dokumen sejarah penduduk tempatan.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Arkib Pustaka Negeri Sarawak, Dayangku Horiah Awang Gani, idea pelaksanaan program AKRAB tercetus setelah melihat amalan masyarakat luar negara yang menghargai asal usul sejarah keluarga.

Oleh itu, AKRAB dilaksanakan untuk menerbitkan kesedaran penduduk tempatan khasnya rakyat Sarawak memelihara khazanah keluarga menerusi program itu.

Dalam pada itu, program tersebut juga akan memberi manfaat kepada mana-mana individu yang ingin menjejaki ahli keluarga mereka dengan mendapatkan maklumat di Pustaka Negeri Sarawak.

“Untuk program AKRAB, idea tercetus setelah melihat amalan di luar negara yang menghargai maklumat tentang keluarga mereka.

“Contohnya di Australia, kita tengok asal usul mereka dahulu daripada Britain, mereka ada satu koleksi keluarga.

“Jadi dengan koleksi sebegini, kita mampu terbitkan kesedaran itu kepada orang tempatan di negeri kita,” katanya.

Tambahnya, program itu tidak hanya berhenti setelah empat hari penganjurannya di Kuching sahaja.

Namun, pihaknya akan terus berusaha memelihara khazanah penempatan yang akan dipindahkan untuk dijadikan pembangunan baharu.

Jelasnya, penganjuran AKRAB juga akan diperluaskan ke bahagian-bahagian lain di seluruh Sarawak.

“Program AKRAB ini tidak akan berhenti di Kuching atau pada hari ini saja, tapi kita rancang ini untuk seluruh bahagian-bahagian lain di Sarawak.

“Perancangan kita adalah memelihara penempatan yang akan dipindahkan dan yang akan dijadikan sebagai pembangunan terutama sekali penempatan kampung.

“Kita ambil sejarah dan khazanah mereka daripada mula agar nanti kita tak tahu siapa penduduk asal kampung tersebut.”, jelasnya.

Selain itu, beliau turut berharap agar pelaksanaan program AKRAB mampu membantu dari segi pemuliharaan bahan seperti rekod dan dokumen negeri Sarawak.

Ia secara langsung akan menjadi hak milik peribadi sesebuah keluarga itu sendiri sekali gus menjadi arkib kepada negara.

“Insya-Allah kita memang berharap bahawa kita boleh membantu dari segi pemuliharaan bahan terutama sekali rekod-rekod lama ataupun dokumen kepunyaan peribadi yang kita panggil sejarah tempatan.

“Sebab kita ini bermula dari diri sendiri dahulu baharu dia jadi sebuah arkib untuk negara. Contohnya daripada sijil kahwin zaman nenek dulu lain dan selepas itu zaman ibu lain. Ia berganti setiap tahun, jadi yang ini merupakan satu khazanah yang harus disimpan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan