Search
Close this search box.
Nga Kor Ming semasa merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya, hari ini. Foto: TVS

KPKT peruntuk RM60.1 juta untuk Program Sentuhan Kasih

ASAJAYA, 6 Nov: Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperuntuk sejumlah RM60.1 juta kepada Sarawak tahun ini menerusi program Sentuhan Kasih.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata peruntukan itu membabitkan sejumlah 360 projek menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam bagi mempertingkat keselesaan, keselamatan serta kesejahteraan penduduk.

“Lawatan kerja saya hari ini juga adalah untuk melihat projek Perparitan dan Laluan Pejalan Kaki di Taman Perumahan BDC, Indian Street dan Residensi Bintawa Waterfront,” katanya selepas perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi kerja baik pulih perparitan dan laluan pejalan kaki di Taman BDC, sejumlah RM661,970 telah diluluskan kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

“Naik taraf ini melibatkan laluan pejalan kaki di lorong belakang perumahan iaitu Lorong E2 dan Lorong E4, Lorong B1 dan Lorong A6 manakala di kawasan Indian Street pula, peruntukan sebanyak RM150,000 telah disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk menaik taraf lorong pejalan kaki di Masjid India bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada pejalan kaki yang menggunakan laluan itu,” katanya.

Nga juga berkata KPKT, melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, akan sentiasa menjalin kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan