Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamed Syazwan Abdullah berkata penajaan PETRONAS juga bertujuan menyumbang terhadap inisiatif mengekalkan perpaduan. Foto: TVS

PETRONAS dukung budaya dan warisan menerusi penajaan Sarawak Regatta

KUCHING, 5 Nov: Berpegang dengan prinsip memelihara budaya dan warisan Sarawak, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) sekali lagi menaja penganjuran Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2023 yang melabuhkan tirainya petang ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi berkata penajaan secara berturut-turut juga bertujuan menyumbang terhadap inisiatif mengekalkan perpaduan.

“Petronas berasa sangat bangga kerana telah diberi peluang untuk menjadi penaja emas dalam acara yang cukup berprestij.

“Regatta adalah satu aktiviti yang utama di Sarawak dan berharap ini memberi makna kepada rakyat Sarawak,” katanya kepada TVS di Tebingan Kuching, hari ini.

Menurutnya, sumbangan berkenaan menunjukkan komitmen PETRONAS dalam mengekalkan tradisi sukan air yang menjadi perhatian bagi pengunjung dari luar negeri dan tempatan.

“Sarawak Regatta ini bagi saya satu acara yang meriah dan sudah tentu menarik perhatian orang ramai.

“Tebingan Kuching menjadi titik pertemuan pelbagai bangsa dan Sarawak Regatta merupakan sukan air tertua paling popular yang menjadi simbolik penyatuan antara kaum,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan