Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Perhubungan Awam PETROS, Sally Sheriza Ahmad. Foto: TVS

PETROS, penaja utama Sarawak Regatta tahun ini

ByNurul Amarlina

KUCHING, 4 Nov: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) setia menyokong legasi Sarawak Regatta dengan tampil sebagai penaja utama tahun ini.

Ketua Perhubungan Awam PETROS, Sally Sheriza Ahmad berharap acara regatta berkenaan akan mendapat penglibatan yang lebih besar terutama daripada pihak antarabangsa pada masa hadapan.

“Sarawak Regatta merupakan sebahagian sejarah Sarawak sejak zaman kolonial dan ini merupakan legasi Sarawak yang harus dilindungi,” katanya kepada TVS di sini, pada Jumaat.

Tapak pameran PETROS menyediakan makanan percuma kepada para pengunjung Sarawak Regatta. Foto: Nadhir Azfar (TVS)

Selain sebagai penaja platinum buat julung kalinya, beliau memberitahu PETROS membawa kelainan di tapak pameran mereka dengan menyediakan makanan percuma kepada para pengunjung.

“Kami ingin melibatkan pengusaha makanan tempatan untuk turut serta sebagai aktiviti kemasyarakatan selain menambahkan pendapatan mereka, supaya acara ini bukan sahaja melibatkan badan korporat namun juga menarik minat para pengunjung,” ujarnya.

Tapak pameran PETROS menyediakan makanan percuma kepada pengunjung hingga Ahad ini.

Saksikan wawancara Fattah Bolh bersama Ketua Perhubungan Awam PETROS, Sally Sheriza Ahmad di bawah:

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan