Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto TVS

Petronas bantu Sarawak tubuh OSEIC seluruh negeri, salur dana RM4 juta – Fatimah

KUCHING, 4 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk memperluaskan Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) di seluruh negeri dengan sokongan Petronas berjumlah RM4 juta.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan Pusat Intervensi Awal Sehenti akibat permintaan yang begitu tinggi dalam kalangan ibu bapa.

“Kita telah menyediakan satu khidmat sokongan yang sangat diperlukan di negeri ini.

“Kita beri peluang dan ruang untuk anak kita yang dilahirkan berkeperluan khas mendapat akses untuk diagnosis awal, intervensi awal dan Rehabilitasi di OSEIC,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika menghadiri Majlis Sejambak Kasih Deepavali Yayasan Petronas Memacu Kehidupan di Hotel Waterfront, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fatimah mendedahkan pihak Petronas bakal menyumbang dana sokongan berjumlah RM4 juta bagi menyokong projek berkenaan.

“Bermula dengan 100 orang kanak-kanak sekarang ini kita sudah mempunyai 476 kanak-kanak yang sedang mengikuti intervensi awal dan rehabilitasi di OSEIC.

“Kisah kejayaan ini bukan sahaja diukur dengan bilangan kanak-kanak yang mendapat akses kepada diagnosis awal dan intervensi awal dan pemulihan.

“Akan tetapi ia juga harus diukur dengan bilangan kanak-kanak berjaya masuk ke sekolah rendah malah ada sebahagian daripada mereka memasuki aliran utama dan sebahagian lagi berada dalam Program Intergrasi di Kelas Khas.

“Jadi dengan itu kita mempunyai perancangan untuk satu lagi OSEIC untuk ibu bapa berada di Kuching dan Samarahan dan begitu juga dibahagian lain,” ujarnya.

Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC ) telah berkhidmat sebagai pusat diagnosis sehenti, intervensi awal dan pemulihan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Pusat tersebut ditubuhkan untuk mengusahakan keperluan perkembangan, kesihatan dan sokongan bayi dan kanak-kanak kecil yang didiagnosis dengan autisme, sindrom down atau ketidakupayaan pembelajaran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan