Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh International Business Review (IBR) Asia Group. Foto fail

Tun Taib dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat oleh International Business Review Asia Group

ByOdleen Catherny

KUCHING, 3 Nov: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh International Business Review (IBR) Asia Group.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan penganugerahan itu sebagai wajar atas jasa dan sumbangannya dalam membangunkan negeri ini.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang sememangnya layak sebagai Bapa Sarawak Moden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam ‘The International Business Review Borneo Awards 2023’ yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif IBR Asia Group Dato Beatrice Nirmala di sini, hari ini.

Dianjurkan oleh International Business Review (IBR) Asia Group, IBR Borneo Awards 2023 dicadangkan oleh Premier Sarawak selepas beliau menghadiri IBR Asean Award pada tahun lalu bagi menghargai sumbangan syarikat dan agensi kerajaan.

IBR Borneo Awards adalah untuk memberi penghormatan kepada syarikat dan agensi kerajaan terbaik yang berpangkalan atau beroperasi di Borneo sama ada Sarawak, Sabah, Kalimantan atau Brunei.

Antara penerima anugerah IBR Borneo Awards dari Sarawak ialah Pengerusi TEGAS Datuk Len Talif Salleh, Pengerusi SiliconNet Technologies Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Sudarnoto Osman, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Miri Serawa Budol, Pengurus Besar KPJ Kuching Specialist Hospital Nurhazimah Mahat, Ketua Pegawai Operasi LCDA Holdings Sdn Bhd Kusyairi Bostani dan Pengurus Besar STIDC Zainal Abidin Abdullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan