Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 65 kematian akibat rabies dicatatkan di Sarawak sejak 2017. Foto hiasan: Envato

Rabies dapat dikekang dengan kerjasama semua pihak

KUCHING, 3 Nov: Sebanyak 65 kematian akibat rabies sejak 2017 di Sarawak, ia disifatkan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom menyifatkan ia sebagai serius.

Bagi mengekang kes rabies agar tidak bertambah serius, beliau memohon agar semua pihak memberi perhatian dan kerjasama penuh sejajar dengan matlamat kerajaan membasmi rabies.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyampaikan plak penghargaan kepada Profesor Dato’ Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam pada Persidangan Persekutuan Persatuan Veterinar Asean. Foto: TVS

“Pada dua minggu lepas, saya telah menghadiri persidangan mengenai rabies yang menyatakan ia boleh dicegah 100 peratus. Kita perlukan kerjasama penuh dalam komuniti, agensi pihak berkuasa beserta NGO.

“Ia bertujuan agar kita boleh memvaksin anjing-anjing di Sarawak sebagai satu peningkatkan usaha kita,” katanya pada Persidangan Persekutuan Persatuan Veterinar Asean (FAVA) di sini, hari ini.

Bagi tahun ini, setakat 1 November, Sarawak mencatat 15 kematian daripada 17 kes rabies yang dilaporkan.

Dr Rundi berkata lagi, pelbagai usaha sudah dilakukanl bagi mengatasi peningkatan kes rabies daripada berleluasa.

Antaranya melalui ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) yang sehingga kini sebanyak 89 peratus anjing dengan jarak 1,000 kilometer dari kawasan sempadan Kalimantan dan Sarawak telah berjaya divaksinasi.

“Proses memvaksin di kawasan pinggir bandar memerlukan kerjasama antara pemilik anjing, pihak berkuasa dan komuniti mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan