Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 14 pusat mengundi dan 45 saluran akan dibuka bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi PRK DUN Jepak, esok. Foto: Muqri Aziz (TVS)

PRK Jepak: Cuaca pagi esok diramal cerah, ribut petir sebelah petang

BINTULU, 3 Nov: Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, esok.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, Bintulu diramal dilanda ribut petir di beberapa kawasan pada sebelah petang manakala cuaca hujan di beberapa tempat pada malamnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari pengundian PRK DUN Jepak yang bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang dengan 14 pusat mengundi dan 45 saluran akan dibuka.

Pengundi boleh menyemak maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pengundi melalui portal https://mysprsemak.spr.gov.my atau boleh menghubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.

DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis. – TVS

Tags: cuaca, jepak, PRK, SPR

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan