Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek lelaki berusia 20-an yang ditahan polis di Jalan Taman Bukit Indah di Bukit Mertajam semalam. Foto: TVS

Polis lepaskan dua das tembakan sebelum cekup lelaki naik kereta curi

BUKIT MERTAJAM, 3 Nov: Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah sebuah kereta curi yang dinaiki seorang lelaki selepas melanggar kereta polis di Jalan Taman Bukit Indah di sini, semalam.

Kejadian pada kira-kira 9.30 malam itu berlaku selepas anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira dari kawasan kilang di Taman Hi-Tech, Kulim, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, kereta suspek yang dilihat mencurigakan telah dikejar sejak kira-kira 8.50 malam di kawasan kilang tersebut sebelum suspek memecut ke arah Bukit Mertajam.

Polis memeriksa keadaan sebuah kereta curi dinaki suspek lelaki berusia 20-an yang ditahan polis di Jalan Taman Bukit Indah di Bukit Mertajam semalam. Foto: TVS

Katanya, ketika sampai di Jalan Taman Bukit Tambun, suspek berusia 20-an telah memasuki kawasan jalan mati sebelum diarahkan polis untuk menyerah diri.

“Dia bagaimanapun membuat pusingan-U dan memecut kereta ke arah anggota MPV dan melanggar bahagian hadapan kereta peronda polis.

“Anggota MPV terpaksa melepaskan dua das tembakan bagi mempertahankan diri dan terkena pada tayar hadapan kereta suspek hingga menyebabkan hilang kawalan dan terbabas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar beliau, suspek kemudiannya berjaya ditahan sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di sini untuk siasatan lanjut.

“Suspek warga tempatan itu mempunyai enam rekod berkaitan jenayah dan dadah selain satu rekod orang dikehendaki oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Kedah.

“Kereta dinaiki suspek juga dilaporkan hilang di Nibong Tebal semalam (2 November),” ujarnya lagi.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

Dia direman selama seminggu bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan