Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Anthony Bujang ketika ditemui TVS sempena Sarawak Regatta di Tebingan Kuching, hari ini.

Petra Energy menyumbang usaha pelihara budaya menerusi penajaan Regatta Sarawak

BySharifah Anira

KUCHING, 3 Nov: Memelihara budaya etnik Sarawak menjadi misi utama Petra Energy Sdn sebagai penaja Sarawak Regatta 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Petra Energy Bhd, Datuk Anthony Bujang berkata aktiviti seperti Sarawak Regatta yang dianjurkan sejak 100 tahun lalu berupaya membantu memelihara budaya etnik Sarawak.

Sarawak Regatta, legasi kebanggaan Sarawak | TVS

“Perkembangan positif (dengan penganjuran) Sarawak Regatta dapat dilihat apabila ramai pengunjung terutama dari Kuching dan kawasan berdekatan berpusu-pusu ke acara ini tanpa mengira cuaca panas atau hujan,” katanya kepada TVS di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah pengunjung meningkat ketara apabila pandemik COVID-19 telah reda.

Anthony berkata beliau dimaklumkan bilik hotel di kawasan berhampiran Sarawak Regatta juga penuh.

Selain sokongan daripada pengunjung, badan-badan korporat Sarawak seperti Bintulu Port Holding Berhad dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) turut hadir ke acara ini.

“Sokongan badan-badan korporat menjadikan Sarawak Regatta tahun ini lebih istimewa berbanding tahun sebelum,” jelasnya.

Sarawak Regatta 2023 berlangsung bermula Jumaat (3 Nov) dan akan berakhir pada Ahad (5 Nov). – TVS

Saksikan wawancara Fattah Bolh bersama Ketua Pegawai Eksekutif Petra Energy Bhd, Datuk Anthony Bujang di bawah:

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan